Make your own free website on Tripod.com
Aku Suka Tolong Orang Lain
Tuesday, 7 March 2006
Bantu Sesama Manusia Yang Memerlukan
Mood:  special
Now Playing: -
Topic: Help Other Person
Semasa usia kandunganku genap 9 bulan (tinggal tunggu hari)suami sakit, gastrik..kena tahan wad akulah yang jaga. Dalam wad kelas dua, aku berkenalanlah dengan seorang isteri yang juga menjaga suaminya. Berbual punya berbual rupa-rupanya kami datang dari tempat tinggal yang sama. Bandar Mas Kota Tinggi, Johor. Suaminya accident lebih kurang 6 bulan yang lalu. Kena langgar lari semasa dalam perjalanan balik ke tempat kerja di Selangor, menaiki motorsikal. Kesan dari accident itu ,sebahagian daripada tempurung kepala suaminya terpaksa dibuang kerana cedera teruk.Kawan yang aku berjumpa ini, sangat kuat semangatnya..dan setia yang sangat setia terhadap suami. Dia terpaksa berhenti kerja untuk menjaga suami dan beritahi aku, "tak apalah, pandailah nanti aku cari duit sikit-sikit untuk tampung keluarga" Lalu, aku yang memang sedang mencari seseorang yang baik untuk menjaga anak-anak bila aku kerja nanti, offer pada dia ,sanggup tak jaga anak-anak aku (2 orang, masuk baby yang bakal lahir). Bagaikan kecil tapak tangan nyiru dia tadahkan, dia sangat setuju. Sehinggalah kehari ini baby aku hampir 8 bulan usianya dan si kakak 4 tahun, berada di bawah jagaan Busu (panggilan aku pada kawan yang ku kenal di wad ini), Dia jaga anak-anak aku dengan baik, malah lebih baik dari aku sendiri menjaga mereka.Busu punya 2 orang anak juga 7 tahun dan 3 tahun lebih. Beberapa minggu yang lepas, Busu hantar suaminya ke hospital pakar di Melaka. Menurut doktot, otak yang tidak ada tempurung pada suaminya itu sangat dekat degan kulit kepala dan merbahaya...ditakuti terluka dan menjejaskan otak..(Ingatan suaminya kadang-kadang pulih, kadang-kadang lupa semula) mungkin disebabkab tidak ada tempurung, otak mudah bergegar. Doktor pakar sarankan agar suami Busu menjalani pembedahan secepat yang mungkin, untuk memastikan tempurung kepala tiruan dapat dibuat segera, supaya berkembangan mental dan Fizikalnya tidak terjejas teruk. Malangnya untuk tunggu hospital kerajaan makan masa 2 tahun, baru tiba giliran. Pilihan terbaik adalah hospital swasta..masalahnya kos..sebanyak RM10 000. mereka tidak ada duit yang cukup.aku pulak, setakat mampu bantu duit bayar jaga nak RM300, cukuplah untuk beli keperluan anak-anak Busu. Aku berangan nak buat personal loan untuk tolong Busu, masalhnya pulak hutang aku kat bank tak tertampung lagi. Nak cepat jadi kaya, dengan business..tak kaya-kaya lagi, buss. pun tak jalan lagi, maklumlah dalam masa yang sama kerja ..marah pulak majikan kalau bussiness, sana sini. Jadi aku minta tolong sangat sesiapa yang sudi hulurkan bantuan pada Busu kawan aku ni, tolonglah seberapa yang sanggup, aku tak kisah..aku cuma nak tolong dia, walaupun dia tak ada kaitan darah dengan aku, tapi dia dah macam adik beradik aku. Inilah cara yang aku terlintas untuk bantu dia. Semua bantuan bolehlah masukan dlam akaun aku mayban (aku tau, kalau ada duit lain masuk, mean derma dari pembaca blog aku untuk Busu latu, duit aku gaji je yang masuk dalam akaun nie, tak de lain...keluar adalah) Yang nak beri money order ke atau lain2 boleh kepada aku Siti Nazra bt Kasmen. No Akaun aku pula...151070001751 Kalau nak pastikan aku tipu ke atau tak boleh hubungi aku di nombor. 0197154398 atau e mel sitinazra@yahoo.com.my Nak datang ke sini lihat sendiri suami Busu pun boleh. (tapi lihat dengan tujuan untuk bantu dia, kalau saja-saja nak tonton kesusahan orang aku minta maaf..kesian dia) Kalua duit dah cukup nanti aku sebarkan melalui blog ini juga. Setakat ini dulu cerita dan harapan dari aku. Atas bantuan yang bakal diberi aku ucapkan ribuan terima kasih. Buat pengetahuan suami Busu dah dapat pindah kerja ke Kota Tinggi, tetapi dia masih belum mampu untuk bekerja, majikan pun dah asyik tanya, boleh kerja ke tidak, kalau tak boleh pencen awal...sayu hati aku dengar...Wassalam.

Posted by gelangkristal at 11:09 PM EST

Newer | Latest | Older

Open Community
Post to this Blog
« July 2018 »
S M T W T F S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31
You are not logged in. Log in
Entries by Topic
All topics  «
Help Other Person